- Iklan -
Berita

Angka korban akibat gempa bumi di Turkiye meningkat 1,498

Seramai 8,533 lagi dilaporkan cedera dan 2,834 bangunan musnah, setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sevgi Demirkan adalah antara mangsa yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam runtuhan sebuah hospital susulan gempa bumi di Iskenderun, Turkiye, 6 Februari 2023. Gambar: Reuters
Sevgi Demirkan adalah antara mangsa yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam runtuhan sebuah hospital susulan gempa bumi di Iskenderun, Turkiye, 6 Februari 2023. Gambar: Reuters

Angka korban akibat gempa bumi Turkiye meningkat kepada 1,498, lapor Sputnik, memetik kenyataan ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer.

"Setakat ini, jumlah kematian ialah 1,498 orang, manakala 8,533 lagi cedera dan 2,834 bangunan dilaporkan musnah," kata Sezer kepada pemberita.

Sebelum ini, AFAD melaporkan sebanyak 1,121 kematian.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada pagi Isnin.

Kerosakan turut dilaporkan di beberapa wilayah di Syria, manakala gegaran turut dirasai di ibu kota Lubnan, Beirut.

Di Syria, angka kematian kini melebihi 400 orang, manakala 1,300 lagi cedera.