Jepun pertimbang turunkan status Covid-19
Perdana Menteri Fumio Kishida mengarahkan menteri berkaitan untuk mempertimbangkan perkara-perkara khusus mengenai pengelasan semula status Covid-19
Terkini
Jepun akan mempertimbangkan untuk menurunkan status Covid-19 kepada penyakit berjangkit kurang serius dan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam seawal musim bunga ini, kata Perdana Menteri Fumio Kishida hari ini.
Kishida ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan menteri berkaitan, berkata beliau mengarahkan semua menteri tersebut untuk mempertimbangkan perkara-perkara khusus mengenai pengelasan semula status Covid-19 kepada kategori yang sama seperti wabak selesema bermusim.
Perubahan dasar itu bermakna hanya pesakit yang mempunyai simptom akan dinasihatkan memakai pelitup muka di tempat tertutup.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.