- Iklan -
Luar Sana

Kerajaan AS mula edar kit ujian Covid secara percuma

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS juga mengumumkan pelaburan sebanyak AS$600 juta dalam 12 pengeluar ujian Covid-19 tempatan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penghantar makanan menunggang basikal meredah hujan ketika melakukan penghantaran di tengah bandar Manhattan, New York, AS, 23 September 2021. Gambar: Reuters
Seorang penghantar makanan menunggang basikal meredah hujan ketika melakukan penghantaran di tengah bandar Manhattan, New York, AS, 23 September 2021. Gambar: Reuters

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat semalam memaklumkan ia akan mengedarkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada isi rumah di seluruh negara. 

Bermula 25 September, isi rumah sekali lagi boleh memesan empat kit ujian kendiri percuma melalui CovidTests.gov, kata agensi kesihatan itu.

Menurut HHS, saringan itu boleh mengesan varian Covid-19 yang sedang menular dan bertujuan untuk digunakan hingga akhir 2023. 

HHS juga mengumumkan pelaburan sebanyak AS$600 juta (kira-kira RM2.8 bilion) dalam 12 pengeluar kit ujian kendiri Covid-19 tempatan.