Dr Mahathir gesa dakwa Anwar atas tuduhan khianat kepada negara
Ia merupakan reaksi paling keras sejak perjanjian dagang itu mengundang kemarahan orang ramai.
Terkini
Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu dihadapkan tuduhan khianat kerana menandatangani perjanjian perdagangan dengan Washington pada 26 Oktober, yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan mengundang kritikan pakar ekonomi.
"Kini jelas bahawa kenyataan kerajaan mengenai perjanjian dengan AS menyembunyikan banyak janji oleh Malaysia untuk tunduk kepada AS," kata bekas perdana menteri itu.
Menurutnya, perjanjian itu mengikat Malaysia kepada pelbagai syarat yang "meletakkan Malaysia di bawah kawalan AS".
"Malaysia telah kehilangan kemerdekaannya.
"Inilah yang telah dilakukan oleh Anwar. Ia adalah pengkhianatan. Anwar mesti didakwa kerana khianat," katanya.
Ia merupakan respons paling keras daripada Mahathir mengenai perjanjian itu, yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai di sebalik pelbagai klausa yang dilihat terlalu memihak kepada kepentingan AS.
Butiran perjanjian itu hanya diketahui umum selepas White House menerbitkannya di laman web rasminya beberapa jam selepas Trump menandatanganinya ketika hadir di Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur bulan lalu.
Antara yang menjadi titik kemarahan orang ramai ialah peruntukan yang mewajibkan Malaysia menjadi pemain langsung dalam sebarang konflik ekonomi melibatkan AS.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
