- Iklan -
Dunia

Perancis gesa golongan berisiko tinggi dapatkan dos penggalak kedua

Kerajaan Perancis mahu menghadkan risiko komplikasi dan kemasukan ke hospital.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Jururawat menyediakan dos vaksin Comirnaty oleh Pfizer-BioNTech di pusat vaksinasi di Noumea, New Caledonia,Perancis. Gambar: AFP
Jururawat menyediakan dos vaksin Comirnaty oleh Pfizer-BioNTech di pusat vaksinasi di Noumea, New Caledonia,Perancis. Gambar: AFP

Jurucakap kerajaan Perancis Olivier Veran pada Khamis menyeru golongan berisiko tinggi mendapatkan satu lagi suntikan penggalak menentang Covid-19 menjelang musim cuti.

Veran memberitahu stesen radio RMC-BFMTV bahawa hanya 20 peratus daripada golongan berisiko tinggi telah menerima suntikan penggalak kedua susulan gelombang baru Covid-19 dan wabak selesema kini melanda negara, lapor Xinhua.

"Jika anda berumur 60 tahun dan ke atas, jika anda menghidap penyakit atau jika anda kontak rapat dengan kumpulan rentan serta warga tua, dapatkan dos penggalak.

"Ia akan menghadkan risiko komplikasi dan kemasukan ke hospital," kata bekas menteri kesihatan itu.

Setakat ini, terdapat laporan mengenai subvarian yang merebak dengan pantas di Perancis.

"Kemasukan ke unit rawatan rapi akibat jangkitan Covid-19 kini mencatatkan peningkatan 20%, hingga melemahkan sistem kesihatan negara," katanya.

Pakar imunologi Perancis Brigitte Autran berkata, subvarian Omicron  BA.5 yang menular di negara itu telah digantikan dengan subvarian BQ.1.1.

Agensi kesihatan awam Perancis mendedahkan bahawa hampir 70,000 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.