- Iklan -
Luar Sana

Belgium persoal iPhone 12 selepas Perancis gantung jualan susulan had radiasi

Langkah Perancis untuk menghentikan sementara penjualan iPhone 12 sehingga Apple dapat menyelesaikan isu itu dalam tempoh dua ujian minggu ini telah meningkatkan prospek larangan selanjutnya di Eropah.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki bergambar dengan iPhone 12 di kedai telefon bimbit di Nantes, Perancis, 13 September. Gambar: Reuters
Seorang lelaki bergambar dengan iPhone 12 di kedai telefon bimbit di Nantes, Perancis, 13 September. Gambar: Reuters

Menteri ekonomi digital Belgium berkata beliau akan meminta pengawal selia telekomunikasi menganalisis potensi risiko kesihatan yang dikaitkan dengan iPhone 12 Apple selepas Perancis mengarahkan supaya penjualannya dihentikan atas alasan pelanggaran had sinaran radiasi. 

"Adalah menjadi kewajipan saya untuk memastikan semua rakyat... selamat", Mathieu Michel, setiausaha kerajaan bagi pendigitalan, dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Reuters hari ini. 

Semalam, Apple berkata iPhone 12 yang dilancarkan pada 2020 telah diperakui oleh pelbagai badan antarabangsa mematuhi peraturan dan piawaian sinaran global.

Malah, pengeluar telefon pintar itu telah menyediakan pelbagai hasil ujian makmal daripada syarikatnya sendiri termasuk pihak ketiga kepada ANFR yang membuktikan pematuhan peranti tersebut kepada agensi Perancis, Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR).

Apple turut membantah keputusan semakan yang dibuat oleh AFNR.

Langkah Perancis untuk menghentikan sementara penjualan iPhone 12 sehingga Apple dapat menyelesaikan isu sinaran yang dikesan dalam tempoh dua ujian minggu ini telah meningkatkan prospek larangan selanjutnya di Eropah.

Pengawal selia rangkaian Jerman, BNetza berkata ia mungkin melancarkan prosiding yang sama dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Perancis. 

Badan pemantau digital Belanda juga berkata ia sedang meneliti perkara itu dan akan meminta penjelasan daripada firma AS tersebut. 

"Saya telah menghubungi IBPT-BIPT (pengawal selia) dengan pantas untuk meminta analisis tentang potensi bahaya produk itu", kata Michel, sambil menambah bahawa dia juga telah meminta pengawal selia untuk menyemak semua telefon pintar Apple, serta peranti yang dihasilkan oleh pengeluar lain, pada peringkat seterusnya. 

Penyelidik telah menjalankan sejumlah besar kajian sejak dua dekad lalu untuk menilai risiko kesihatan yang terhasil daripada telefon bimbit. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tiada kesan buruk terhadap kesihatan akibat penggunaan telefon bimbit.