- Iklan -
Luar Sana

Apple pertikai dapatan Perancis, mengatakan iPhone 12 tidak patuhi piawaian had sinaran

Ia mengatakan model iPhone 12 diperakui oleh pelbagai badan antarabangsa.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Telefon iPhone 12 dilihat di Apple Store di Broadway di pusat bandar Los Angeles, California, 24 Jun 2021. Gambar: Reuters
Telefon iPhone 12 dilihat di Apple Store di Broadway di pusat bandar Los Angeles, California, 24 Jun 2021. Gambar: Reuters

Apple berkata model iPhone 12 milik pengeluar telefon pintar itu telah diperakui oleh pelbagai badan antarabangsa mematuhi peraturan dan piawaian sinaran global selepas badan pemerhati Perancis mengarahkan supaya menghentikan penjualan peranti tersebut kerana tahap sinaran melebihi had.

Semalam, Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR) memaklumkan Apple bahawa syarikat itu harus menghentikan penjualan iPhone 12 di Perancis selepas menjalankan ujian yang dikatakan menunjukkan kadar penyerapan khusus telefon pintar berkenaan lebih tinggi berbanding yang dibenarkan. 

ANFR berkata ia menjangkakan Apple untuk "menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati." 

"Kegagalan ini, Apple akan dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual," menurut ANFR.

Apple berkata ia telah menyediakan pelbagai hasil ujian makmal daripada syarikat itu sendiri termasuk pihak ketiga kepada ANFR yang membuktikan pematuhannya. 

Pengeluar telefon pintar itu berkata ia membantah keputusan semakan yang dibuat oleh AFNR dan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa untuk menunjukkan bahawa syarikat tersebut mematuhi piawaian yang ditetapkan.