- Iklan -
Berita

Turkiye anggap Asean rakan kongsi penting

Turkiye mahu meningkatkan dialog dengan Asean dan meningkatkan kerjasama dalam bidang lain seperti sains dan teknologi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wanita dan kanak-kanak berjalan di pelabuhan feri di Istanbul pada 4 Februari. Gambar: AFP
Wanita dan kanak-kanak berjalan di pelabuhan feri di Istanbul pada 4 Februari. Gambar: AFP

Ankara melihat Asean sebagai rakan kongsi utama di rantau Asia-Pasifik, kata timbalan menteri luar Turkiye pada Selasa, lapor Anadolu.

"Asean membentuk model kerjasama serantau yang berjaya dan merupakan contoh terbaik perpaduan dan kepelbagaian," kata Sedat Onal pada majlis perasmian minggu Asean di ibu negara Ankara.

Presidensi untuk warga Turkiye Luar Negara dan Komuniti Berkaitan (YTB) menganjurkan acara empat hari itu yang akan dihadiri duta dari lapan anggota Asean – Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei, Vietnam, Singapura, Filipina dan Malaysia.

Turkiye telah diberikan status Rakan Dialog Sektoral Asean pada 2017.

"Kami berhasrat membangunkan kerjasama yang lebih mendalam dan lebih luas dengan Asean dan negara anggota individunya berdasarkan objektif dan kepentingan bersama," kata Onal.

Beliau berkata budaya dan pendidikan adalah bidang kerjasama yang dinamik, sambil menambah Turkiye mahu meningkatkan dialog dengan Asean dan meningkatkan kerjasama dalam bidang lain seperti sains dan teknologi.

Ketua YTB Abdullah Eren berkata matlamat utama Turkiye adalah untuk membolehkan masyarakat mengenali satu sama lain dalam rangka diplomasi awam selain menunjukkan perpaduan.

"Kami yakin bahawa organisasi awam atau bukan kerajaan di kawasan tempat kami menjalankan aktiviti dapat mengukuhkan hubungan sedia ada. Terutama pertubuhan yang kukuh seperti Asean yang mungkin dapat mendekatkan negara kami dengan penduduk di rantau ini dan dengan itu membuka pintu kepada peluang baru," katanya,