- Iklan -
Dunia

Kes Covid-19 menurun 11 minggu berturut-turut di Korea Selatan

Negara itu melaporkan 29,108 jangkitan baru menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 24,565,021.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di stesen kretapi di Seoul pada 18 Februari 2022. Gambar: AFP
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di stesen kretapi di Seoul pada 18 Februari 2022. Gambar: AFP

Korea Selatan merekodkan kes jangkitan Covid-19 terendah pada Jumaat bagi tempoh 11 minggu berturut-turut.

Negara itu melaporkan 29,108 jangkitan baru, termasuk 303 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 24,565,021, lapor Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Angka harian baru itu adalah yang terendah sejak kes menurun kepada 19,295 pada 8 Julai.

Bagaimanapun, sembilan lagi kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak virus itu dikesan di negara ini ialah sebanyak 28,077. 

Jumlah pesakit kritikal setakat ini 399 orang, menurun sebanyak 29 lagi berbanding sehari sebelumnya.

Perdana Menteri Han Duck-soo berkata syarat pemakaian pelitup muka untuk perhimpunan mega di kawasan terbuka seperti acara sukan dan konsert, akan ditarik balik bermula Isnin depan.

Pada Mei, kerajaan telah menarik balik peraturan memakai pelitup muka kecuali ketika menghadiri majlis berskala besar seperti acara sukan dan konsert, serta perhimpunan mega di kawasan terbuka.