- Iklan -
Berita

PAC sasar bentang laporan pengurusan wabak Covid-19 pada sidang Parlimen Oktober ini

Ia berkata Pharmaniaga Logistic akan dipanggil untuk memberikan keterangan dan penjelasan mengenai isu berkaitan alat pernafasan yang rosak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pengembara menjalani saringan Covid-19 sebaik tiba di KLIA di Sepang, pada 1 April 2022 ketika Malaysia membuka semula sempadannya sebagai sebahagian daripada peralihan negara ke fasa endemik.
Seorang pengembara menjalani saringan Covid-19 sebaik tiba di KLIA di Sepang, pada 1 April 2022 ketika Malaysia membuka semula sempadannya sebagai sebahagian daripada peralihan negara ke fasa endemik.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) komited untuk membentangkan laporan berhubung Pengurusan Wabak Covid-19 untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Parlimen ke-15 2023, yang dijadual bersidang mulai 9 Oktober hingga 30 November ini.

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata lima saksi memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding kedua yang diadakan pada hari ini.

Beliau berkata mereka yang memberi keterangan dan penjelasan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norazman Ayob, bekas ketua setiausaha (KSU) KKM Chen Chaw Min, bekas KSU KKM Mohd Shafiq Abdullah, bekas ketua pengarah KKM Noor Hisham Abdullah dan bekas ketua cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan KKM Asmah Samat.

“PAC ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada saksi-saksi yang hadir pada hari ini terutamanya saksi utama yang telah bersara daripada perkhidmatan awam.

"Seterusnya, PAC akan memanggil pihak Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd bagi memberi keterangan dan menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung peralatan ventilator yang tidak dapat digunakan,” katanya.