- Iklan -
Dunia

Kazakhstan dan Saudi akan perkukuh hubungan perdagangan

Kedua-dua negara menyatakan komitmen untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan menjanjikan keuntungan bersama.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (kanan) menerima lawatan rasmi Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Jeddah. Gambar: AFP
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (kanan) menerima lawatan rasmi Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Jeddah. Gambar: AFP

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud di Jeddah bagi membincangkan kerjasama ekonomi, lapor Sputnik.

"Kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan kerajaan akan mempergiatkan usaha ke arah itu dalam masa terdekat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan perkhidmatan akhbar pejabat presiden Kazakhstan.

Tokayev berkata Kazakhstan bersedia untuk menawarkan syarat khas dan pelbagai pilihan pelaburan untuk pelabur Saudi yang menjanjikan keuntungan bersama.

Putera mahkota itu berkata hubungan antara Arab Saudi dan Kazakhstan berada pada tahap yang baik dan terdapat ruang untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan pembangunan.

Presiden itu turut menjemput putera mahkota Saudi untuk berkunjung ke Kazakhstan dan jemputan itu diterima oleh Mohammed bin Salman Al Saud, menurut perkhidmatan akhbar presiden.