Semuanya jelas, tapi beranikah Anwar bertindak?
Terbukti sudah, kuasa hanya untuk harta.
Terkini
Anwar Ibrahim kata mesti ada aliran wang transaksi. Wang. Bukan biliyun. Tapi puluh dan ratus ribu.
RM dan USD ada. Cerut ada. Reno pun ada. Sut baju kot mahal-mahal pun ada. Tangkap layar mesej WhatsApp, pun ada.
Video wanita beritahu ini idea PM pun ada.
Semua ini bukti dan keterangan. Mesti disiasat tidak boleh sapu bawah karpet atau dijawab nada sindir di Parlimen.
Yang didakwa minta dan ambil wang sudah letak jawatan. Yang mendakwa diminta dan memberi pun sudah maklum pada media.
Kalau Aman Palestin, GISB (yang konon sakau curi duit rakyat) dan yang konon cakap langgar 3R - kena gari, tangkap lewat malam, serah telefon, diminta reman, dipakai baju oren, diminta SKMM buat data preservation, dipanggil berkali-kali ambil kenyataan, disuruh beri akaun bank sampai 40 tahun lepas, dibeku akaun, dikeluarkan berita hampir setiap hari di Buletin Utama - yang ini bagaimana?
Ketua SPRM dilantik oleh Agong atas nasihat PM. Peguam negara dilantik Agong atas nasihat PM. Menteri Dalam Negeri jaga polis. Setiap agensi ada kuasa dari segi undang-undang.
Akta SPRM boleh diguna keluarkan data. Kanun Prosedur Jenayah boleh diguna pintas maklumat.
Akta cegah pengubahan wang, Amla, boleh beku akaun dan siasat aliran wang serta sita hartanah.
PM dari PKR. Menteri KDN dari PKR. Setpol dari PKR.
Beranikah bertindak?
Kabur lagikah pada rakyat tentang parti itu?
Terbukti sudah, kuasa hanya untuk harta. Tiba masa tolak mereka semua sekarang!
Rafique Rashid ialah seorang peguam dan ketua penerangan Pejuang.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
