- Iklan -
Berita

Jumlah eksport Malaysia merosot RM5.8 bilion, kejatuhan ke-8 berturut-turut

Bagaimanapun, di peringkat negeri, Kedah, Selangor dan Terengganu antara yang mencatatkan jumlah eksport tertinggi.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi
Nilai eksport pada Oktober berjumlah RM126.2 bilion, turun 4.4% daripada bulan sebelumnya. Gambar: Facebook
Nilai eksport pada Oktober berjumlah RM126.2 bilion, turun 4.4% daripada bulan sebelumnya. Gambar: Facebook

Jumlah nilai eksport Malaysia merudum lagi dengan pengurangan sebanyak RM5.8 bilion bulan lepas, menurut perangkaan terkini kerajaan.

Nilai eksport pada Oktober 2023 berjumlah RM126.2 bilion, merosot 4.4% berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah dagangan pada Oktober ialah RM239.5 bilion, berbanding RM224.4 bilion pada September.

Terdapat juga penurunan sedikit import sebanyak 0.2%, berjumlah RM113.3 bilion bulan lepas.

Johor, Sarawak, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan lima negeri dengan penurunan terbesar eksport.

Sementara itu, Kedah mencatatkan peningkatan eksport sebanyak RM745.2 juta, Selangor RM478.6 juta, Terengganu RM281.5 juta, Pahang RM94.2 juta, Pulau Pinang RM67.3 juta, Perak RM60.6 juta dan Kelantan RM23.3 juta.

Ini merupakan bulan kelapan berturut-turut Malaysia menyaksikan kemerosotan eksport.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan melaporkan pertumbuhan ekonomi terendah dalam tempoh hampir dua tahun, iaitu 2.9% pada suku kedua tahun ini. Menurutnya, ia ada kaitan ini dengan kejatuhan eksport antara beberapa faktor lain.

Pada Ogos, pakar ekonomi Reuters meramalkan pertumbuhan 3.3% dalam tempoh antara April dan Jun.

Menurut mereka, sasaran ini lebih rendah daripada ramalan kerajaan untuk mencapai pertumbuhan 4% hingga 5%.

Statistiks terbaru ini di sebalik prestasi ringgit yang dilihat terus merosot di rantau ini, walaupun sebelum ini terdapat dakwaan pertukaran kerajaan tahun lepas akan meningkatkan nilainya berikutan keyakinan pelabur asing.