- Iklan -
Berita

PM dijangka jawab isu DNAA di Dewan Rakyat esok

Menteri Undang-undang Azalina Othman Said berkata sesi itu akan berlangsung pada 2.30 petang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Undang-undang Azalina Othman Said berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menjelaskan keputusan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen esok. Gambar: Bernama
Menteri Undang-undang Azalina Othman Said berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menjelaskan keputusan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen esok. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka menjawab persoalan mengenai keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, esok.

Menteri Undang-undang Azalina Othman Said berkata Anwar mungkin akan menjawab persoalan itu pada 2.30 petang.

"Kota Bharu (Takiyuddin Hassan) bertanyakan sama ada perdana menteri akan menjawab. Tuan punya badan ada di sini, buat tangan 'good' itu dia (Anwar) akan jawab esok, Insya-Allah 2.30 hingga 3 petang.

"Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada perdana menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin sama ada perdana menteri akan menjawab isu DNAA Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi itu di Dewan Rakyat.