- Iklan -
Berita

Pembebasan Zahid tunjukkan 'karakter sebenar' Anwar, kata pemimpin Bersatu

Wan Saiful Wan Jan berkata, Anwar Ibrahim sanggup berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama

Pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan hari ini menyelar Anwar Ibrahim selepas keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi, mengatakan ia menunjukkan “karakter sebenar” perdana menteri.

“Perkembangan ini adalah cerminan kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.

“Dunia menyaksikan betapa kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah hilang musnah. Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar. Anwar adalah seorang perdana menteri yang gagal, dan dia mengetuai sebuah Kabinet yang tidak kompeten.

“Maka itulah dia sanggup berbuat apa sahaja untuk kekal di takhta kuasa.”

Zahid yang juga presiden Umno, memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional kepada kerajaan Anwar selepas Pilihan Raya Umum ke-15. 

Beliau dilepas tanpa dibebaskan hari ini selepas Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu, yang menyaksikan beliau didakwa dengan 47 pertuduhan rasuah. 

Peguamnya Hisyam Teh Poh Teik kemudiannya berkata bahawa beliau akan merayu untuk pembebasan penuh. 

Wan Saiful berkata Zahid akan menggunakan setiap peluang untuk "melarikan diri" dan mengalihkan perhatian kepada musuh politiknya.

"Kita boleh jangka bahawa selepas ini Anwar akan terus 'membersihkan' imej semua yang bersekongkol dengan dia, dan dia juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya," katanya.