Kerajaan wajibkan kementerian, agensi hantar 'seramai mungkin' dengar ucapan Hari Kebangsaan Anwar
Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali juga menggesa penjawat awam untuk tinggal lebih lama bagi menghadiri ucapan PM dan sambutan Hari Kebangsaan esok.
Terkini
Putrajaya mewajibkan kementerian dan agensi kerajaan menghantar seramai mungkin wakil untuk menghadiri ucapan Hari Kebangsaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini, dengan penjawat awam digesa hadir untuk menyertai sambutan rasmi esok.
Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali berkata beliau menjangkakan lebih 5,000 orang akan menghadiri ucapan Anwar di Dewan Plenari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Zuki turut menggesa penjawat awam untuk tinggal lebih lama di Putrajaya supaya mereka dapat menyertai sambutan Hari Kebangsaan esok.
“Bagi yang telah datang dari jauh, mungkin boleh lajakkan sehari dua lagi perjalanan untuk menghadiri majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok, serta sambutan Hari Kebangsaan yang akan turut diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos," katanya dipetik Bernama.
Sementara itu, Zuki turut mengarahkan Jalur Gemilang dikibarkan di bangunan kerajaan.
Ini adalah kali kelima Putrajaya akan menjadi tempat sambutan itu, selepas dianjurkan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.