- Iklan -
Berita

Penjawat awam wajib pakai batik setiap Khamis

Arahan baru itu berkuat kuasa pada 21 Ogos.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kerajaan mewajibkan penjawat awam memakai batik setiap Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos.
Kerajaan mewajibkan penjawat awam memakai batik setiap Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos.

Putrajaya mewajibkan penjawat awam memakai batik setiap Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos. 

Menurut pekeliling yang ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed, kerajaan bersetuju supaya semua penjawat awam memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis. 

Bagaimanapun, syarat tersebut dikecualikan bagi penjawat awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau sedang menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod berpakaian tertentu. 

Pemakaian batik turut digalakkan pada hari bekerja lain.

Menurut pekeliling itu, ketetapan baru itu bertujuan untuk terus menyokong industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia.

Tambahnya, arahan baharu ini tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, dengan pelaksanaannya turut diperluaskan kepada semua perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. 

“Melalui ketetapan baharu ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dibatalkan,” menurut pekeliling itu.