- Iklan -
Berita

PH kembali ke Selangor tanpa nilai tambah dari Umno, hilang majoriti 2/3

Umno, yang mewakili BN dalam pilihan raya enam negeri, mengulangi nasib malang dalam pilihan raya umum di tangan PN.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan melepasi logo Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di pusat pengumuman keputusan di Klang, 12 Ogos.
Seorang wanita berjalan melepasi logo Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di pusat pengumuman keputusan di Klang, 12 Ogos.

Barisan Nasional (BN) yang diwakili Umno sekali lagi diberi tamparan hebat oleh pengundi Melayu di kubu kuatnya, dengan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menumbangkan parti seperti mana berlaku pada pilihan raya umum tahun lepas.

Setakat jam 11.30 malam, Pakatan Harapan (PH) mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Selangor, walaupun kali ini kemenangannya disebabkan kerusi majoriti Cina yang dimenangi DAP dan kerusi campuran PKR.

Tambahan dua kerusi dimenangi rakannya Umno juga tidak mampu memberikan majoriti dua pertiga yang diperoleh kerajaan PH di Selangor pada pilihan raya 2018.

Negeri Sembilan dilihat satu-satunya negeri di mana Umno berjaya memenangi kebanyakan kerusi yang ditandinginya.

Secara tidak rasmi, Umno berjaya memenangi hanya 17 daripada 108 kerusi DUN yang ditandinginya dalam pilihan raya, manakala tewas di Terengganu dan Kedah meskipun kempen sengit yang menyaksikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan anggota tertinggi Kabinet sering muncul dalam ceramah berskala besar.

Pengerusi Umno Selangor, Terengganu dan Kedah turut dikalahkan.

Untuk maklumat terkini mengenai enam pilihan raya negeri, ikuti halaman keputusan kami di sini. (hyperlink)