Zahid harap pihak berkuasa pantau aktiviti pancing undi
Pengerusi Barisan Nasional itu berkata kemenangan tidak seharusnya diperoleh melalui 'sedekah politik'.
Terkini
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berharap pihak berkuasa dapat memantau aktiviti 'memancing undi' dengan wang ringgit, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
Beliau yang juga Presiden Umno berkata pihak berkuasa berkenaan, termasuk polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Pihak lawan sekarang ini agak senyap, agak tidak banyak melakukan aktiviti secara terbuka, saya khuatir strategi saat akhir akan dilakukan oleh mereka.
“Sesuatu akan dilakukan oleh mereka, saya takut aktiviti 'sedekah' akan lebih banyak lagi...kita mahu yang menang secara demokratik, yang kalah secara demokratik,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Karnival Kerjaya Madani bersama Hawa Malaysia, dan disaksikan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar di Dewan Serbaguna Jakoa Batu 12 Gombak semalam.
Zahid berkata semua parti politik perlu bersaing secara sihat dan kemenangan bukan melalui “sedekah politik”.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
