- Iklan -
Berita

PAS sekarang bukan ‘asli’, tersasar daripada asas perjuangan, kata Anwar

Perdana menteri menyebut perkongsian PAS ketika ini dengan dan Gerakan, yang sebelum ini mencabar Perlembagaan undang-undang hudud.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas pilihan raya PAS memasang bendera gergasi berbentuk wau menjelang pilihan raya negeri di Chukai, Terengganu, 6 Ogos. Gambar: Bernama
Petugas pilihan raya PAS memasang bendera gergasi berbentuk wau menjelang pilihan raya negeri di Chukai, Terengganu, 6 Ogos. Gambar: Bernama

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata PAS kini bukanlah “asli” seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata PAS kini sudah “bercampur” bukan sahaja dengan Bersatu malah Gerakan yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud.

"Sekarang ini (Gerakan) rakan PAS... (dahulu) Gerakan bawa usul (cabar hudud) ke mahkamah, dia melawan PAS.

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan PAS, kena ingat dan yang teruknya, dia ambil Gerakan, kita kawan dengan DAP, dia marah," katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri Chetok dekat Pasir Mas malam tadi.

Beliau berkata PN turut meletakkan 20 calon Gerakan termasuk di kawasan Melayu di Pulau Pinang. 

Anwar juga berkata PAS menuduh gabungan PH-Barisan Nasional (BN) mengkhianati Islam sedangkan Kerajaan Perpaduan telah menyalurkan pelbagai peruntukan untuk pembangunan agama itu.

Justeru, beliau meminta pengundi terutama golongan muda berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan pada 12 Ogos ini.

Sesi ceramah malam ini dihadiri lebih 2,000 orang meskipun hujan lebat dan mereka tidak berganjak walaupun kawasan di mana ia berlangsung digenangi air.