- Iklan -
Berita

Cuti tambahan Aidiladha kepada penjawat awam Selangor pada 30 Jun

Setiausaha Kerajaan Negeri Haris Kasim berkata, cuti tambahan berkenaan berikutan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang jatuh pada Khamis, 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah 1444H.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penjawat awam ketika berehat untuk makan tengah hari di Presint 4, Putrajaya pada 24 November 2022. Gambar: Bernama
Penjawat awam ketika berehat untuk makan tengah hari di Presint 4, Putrajaya pada 24 November 2022. Gambar: Bernama

Kerajaan Selangor bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan pada Jumaat ini (30 Jun) kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sempena sambutan Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri Haris Kasim berkata, cuti tambahan berkenaan berikutan pengisytiharan tarikh Aidiladha yang jatuh pada Khamis, 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah 1444H.

Beliau berkata kemudahan cuti tambahan tersebut adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) dan khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

“Bagaimanapun badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Pentadbiran Kerajaan Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan.