- Iklan -
Berita

Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof sebaliknya menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dan fokus untuk memastikan kerajaan yang kukuh dan stabil.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berucap di Brussels, Belgium, 30 Mei. Gambar: Bernama
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berucap di Brussels, Belgium, 30 Mei. Gambar: Bernama

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata belum ada perbincangan mengenai rombakan Kabinet.

“Saya belum mendengar mengenainya. Tiada perbincangan tentang perkara itu. Itu adalah prerogatif (hak mutlak) Perdana Menteri (Anwar Ibrahim),” katanya ketika ditanya mengenai desas-desus mengenai kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet.

“Saya orang bekerja. Saya menurut perintah,” kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, kepada Media Malaysia di Brussels, hari ini

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dan fokus untuk memastikan kerajaan yang kukuh dan stabil.

"Kami dari GPS telah memberikan komitmen dan apa yang kami perlukan sekarang ialah kerajaan yang kuat dan stabil." 

"Tanpa kestabilan, kita tidak boleh mengubah prestasi ekonomi, pelabur tidak akan datang kerana tiada dasar yang jelas, tiada kesinambungan dari segi kerajaan," katanya.

Hanya kestabilan politik dan tadbir urus yang baik akan menarik kedatangan pelabur, kata Fadillah yang merupakan Ketua Whip GPS di Parlimen.

"Ini perkara terpenting buat Sarawak dan ia merupakan komitmen kami dalam kerajaan," katanya.