- Iklan -
Berita

Kerajaan isytihar cuti tambahan sempena Aidilfitri

Tarikh kelepasan am tambahan akan ditentukan mengikut hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga kota mula melakukan persiapan menyambut 1 Syawal dengan membeli-belah pakaian dan barangan di Bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, 11 April.
Warga kota mula melakukan persiapan menyambut 1 Syawal dengan membeli-belah pakaian dan barangan di Bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, 11 April.

Kerajaan bersetuju mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cuti tambahan itu akan diisytiharkan pada 24 April (Isnin) jika hari raya pertama jatuh pada 21 April (Jumaat).

Sementara cuti tambahan akan diisytiharkan pada 21 April (Jumaat), jika hari raya pertama jatuh pada 22 April (Sabtu).

Selain itu, kerajaan akan memberi pengecualian bayaran tol di 33 lebuh raya selama empat hari pada 19 hingga 21 April dan 24 April ini.