- Iklan -
Berita

SPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok

Bekas perdana menteri itu masih lagi sedang diambil keterangan, selepas beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada 11.15 pagi tadi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin melambai ke arah penyokong ketika tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada 11.15 pagi tadi.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin melambai ke arah penyokong ketika tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada 11.15 pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, mengesahkan bahawa Muhyiddin Yassin akan didakwa esok.

Bercakap kepada Bernama, Azam berkata ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih lagi sedang diambil keterangan, selepas pengerusi Perikatan Nasional itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada 11.15 pagi tadi.

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menafikan dakwaan beliau ditahan SPRM ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, seperti dilaporkan beberapa portal media.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu, dan beberapa individu termasuk bekas ketua penerangan parti itu Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa).

Perkembangan siasatan kes berkenaan mendapat liputan ramai pengamal media tempatan dan asing, selain penyokong Muhyiddin yang berkumpul di luar bangunan SPRM sejak 7 pagi tadi.