- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 324 kes, tiada kematian

Sebanyak 148 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,990,227.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua kanak-kanak memberi makan kepada sekumpulan burung merpati sewaktu hadir ke kuil di Batu Caves bagi mengikuti upacara keagamaan sempena meraikan Hari Thaipusam yang akan disambut Ahad ini, 2 Februari.

Sejumlah 324 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,037,242 kes.

Sebanyak 148 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,990,227.

Ketika ini, 10,073 kes aktif direkodkan di mana 9,653 atau 95.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 408 (4.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 12 kes dan 6 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,942 orang.