- Iklan -
Berita

SPRM sahkan beku akaun Bersatu

Difahamkan pembekuan akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.
Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengesahkan SPRM membekukan beberapa akaun bank milik parti Bersatu bagi tujuan membantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan pembekuan akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

Pada 6 Disember lepas Azam berkata pihaknya membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diselewengkan kerajaan terdahulu.