- Iklan -
Berita

PM lantik anak sebagai 'penasihat kanan’ kewangan

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata pelantikannya berkuat kuasa awal bulan ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Nurul Izzah Anwar selepas tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15, 20 November 2022. Gambar: Bernama
Nurul Izzah Anwar selepas tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15, 20 November 2022. Gambar: Bernama

Anak perempuan sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat kanan kepada bapanya bagi mengurus tadbir hal berkaitan ekonomi dan kewangan. 

Nurul Izzah Anwar, 42, mendedahkan perkara itu dalam temu bual bersama The Star, sambil menambah pelantikan itu berkuat kuasa pada 3 Januari. 

Nurul Izzah yang tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum baru-baru ini, berkata pengalamannya sebagai ahli Parlimen akan digunakan sebaik mungkin untuk bekerjasama dengan "pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar negara".

Nurul Izzah berkata beliau ketika ini sibuk bertemu kumpulan peniaga dan pihak berkepentingan dalam merangka belanjawan yang akan dibentangkan bapanya yang juga menteri kewangan dalam masa terdekat.

"Arahan daripada PM adalah jelas: bercakap dengan rakyat dan mendengar idea, kebimbangan dan jangkaan mereka.

“Mereka adalah pihak berkepentingan utama," tambahnya.