- Iklan -
Berita

3 Adun angkat sumpah anggotai Kabinet Sabah

Adun Api-Api, Luyang dan Sugut mengangkat sumpah jawatan mereka di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pekerja membersihkan kawasan pagar Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah. Gambar: Bernama
Seorang pekerja membersihkan kawasan pagar Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah. Gambar: Bernama

Tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli jemaah menteri baru Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu hari ini.

Ahli jemaah menteri baru kerajaan Sabah yang mengangkat sumpah adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Adun Api-Api Christina Liew, Phoong Jin Zhe dari DAP (Luyang), dan James Ratib dari Barisan Nasional (Sugut). 

Ketiga-tiga Adun berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Ismail Brahim.

Turut hadir Ketua Menteri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri ll Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Joachim Gunsalam dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun yang juga menteri kewangan II negeri.

Pada 6 Januari lepas, Hajiji mengesahkan bahawa barisan ahli Kabinet Sabah akan dirombak.