- Iklan -
Berita

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wang kertas Ringgit Malaysia.
Wang kertas Ringgit Malaysia.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Jumaat berikutan permintaan menggalakkan untuk dolar AS apabila data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan angka yang lebih baik daripada jangkaan.

Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan terus menaikkan kadar untuk memerangi inflasi, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.3950/4000 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.3860/3915.

Bercakap kepada Bernama, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata beliau menjangkakan ringgit mengalami sedikit penurunan hari ini memandangkan data pekerjaan swasta AS yang kukuh menjelang data pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini akan mengubah skala yang memihak kepada pendirian Rizab Persekutuan dan ini memberi peluang untuk dolar AS.

“Ekoran dorongan pembukaan semula China yang kuat, saya berpendapat kerugian (ringgit) akan terhad, tetapi peniaga tempatan mungkin lebih defensif menjelang laporan Pekerjaan AS yang kritikal pada hari Jumaat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.2406/2466 daripada 5.2781/2847 pada penutup Khamis dan mengukuh berbanding euro menjadi 4.6279/6332 daripada 4.6588/6647 semalam.

Mata wang turut meningkat meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2694/2736 daripada 3.2748/2794 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2911/2954 daripada 3.3104/3148 semalam.