- Iklan -
Berita

Pantai timur dijangka alami hujan lebat berterusan hingga 21 Disember

Amaran hujan tahap waspada juga turut dikeluarkan di Pulau Pinang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir ketika hujan lebat di Kampung Kepah, Kuala Terengganu pada 18 Disember. Gambar: Bernama
Anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir ketika hujan lebat di Kampung Kepah, Kuala Terengganu pada 18 Disember. Gambar: Bernama

Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). 

MetMalaysia, dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan amaran cuaca tahap bahaya itu diramalkan berlaku di seluruh Kelantan serta Terengganu manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, bagi tempoh yang sama.

Amaran cuaca tahap bahaya itu turut dijangka berlaku di daerah Hulu Perak, Perak sementara bagi Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, MetMalaysia juga memaklumkan cuaca hujan berterusan tahap waspada di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dan seluruh Pulau Pinang hingga Rabu ini.

Selain itu, amaran tahap waspada itu dijangka berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar); Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), menurut kenyataan itu.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.