- Iklan -
Berita

2 maut, 51 hilang akibat tanah runtuh di Genting Highlands

Tiga orang lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai bomba menyelamatkan mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Pegawai bomba menyelamatkan mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

Dua mangsa maut dan lebih 50 lagi hilang selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan di Genting Highlands awal hari ini, kata pihak berkuasa ketika operasi diteruskan bagi mencari mangsa yang terselamat.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 3.00 pagi di tepi jalan berhampiran rumah ladang yang menyediakan kemudahan perkhemahan, kata jabatan bomba dalam satu kenyataan.

Seramai 79 orang terperangkap di mana 23 daripada mereka telah ditemui selamat, kata jabatan itu. 

Sementara itu, ia mengesahkan dua mangsa maut sementara tiga lagi cedera dan 51 lagi masih hilang.

Tanah runtuh itu berlaku dari anggaran ketinggian 30m (100 kaki) di atas tapak perkhemahan, meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar (0.4 hektar), kata Pengarah Jabatan Bomba Norazam Khamis.

Bencana itu berlaku di kawasan bukit di daerah Batang Kali di luar Genting Highlands yang terletak di utara ibu negara.

Selangor adalah negeri terkaya Malaysia dan pernah mengalami tanah runtuh sebelum ini, negeri itu juga sering dikaitkan dengan pembersihan hutan dan tanah.

Ketika ini, Malaysia mengalami musim hujan, bagaimanapun tiada hujan lebat atau gempa bumi direkodkan semalam.

Setahun lalu, kira-kira 21,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat banjir di seluruh negara.