- Iklan -
Berita

Ahli Parlimen BN mahu sesi mengadap Agong ditangguhkan

Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein berkata keputusan akan diketahui hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bendahari Agung Barisan Nasional Hishammuddin Hussein. Gambar: Bernama
Bendahari Agung Barisan Nasional Hishammuddin Hussein. Gambar: Bernama

Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan hari ini.

“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (mengadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, malam ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan. Tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika mengadap),” katanya.

Sultan Abdullah semalam menitahkan 30 ahli Parlimen BN  menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi ini.