- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,100 jangkitan, 14 lagi terkorban

27,141 kes aktif direkodkan di mana 92.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi membendung wabak Covid-19 walaupun negara sudah memasuki fasa endemik.
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi membendung wabak Covid-19 walaupun negara sudah memasuki fasa endemik.

2,121 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,969,420 kes.

Sebanyak 1,764 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,905,670.

Ketika ini, 27,141 kes aktif direkodkan di mana 25,149 atau 92.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,900 (7%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 92 kes dan 58 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

14 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,609 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.