- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,400 jangkitan, 9 lagi terkorban

27,877 kes aktif direkodkan di mana 25,818 atau 92.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun pemakaiannya sudah dilonggarkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai masih memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun pemakaiannya sudah dilonggarkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

3,457 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,960,179 kes.

Sebanyak 3,736 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,895,719.

Ketika ini, 27,877 kes aktif direkodkan di mana 25,818 atau 92.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,970 (6.9%)  kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 89 kes dan 46 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sembilan lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,583 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.