Anwar terbuka untuk berunding dengan bekas sekutu
Bagaimanapun, presiden PKR itu berkata sebarang kerjasama adalah bersyarat.
Terkini
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata bahawa pintu rundingan masih terbuka berhubung kerjasama dengan bekas sekutunya, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar berkata Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan perbincangan dengan mana-mana parti yang bersetuju dengan agenda reformasi gabungan itu.
“Kami komited dengan agenda reformasi, agenda PH,” tambahnya.
"Mencegah rasuah, menentang salah guna kuasa, menentang pembaziran. Dan sesiapa yang bersetuju, mereka boleh datang dan berbincang dengan kami."
Berhubung gerak kerja PRU15, Anwar berkata manifesto PH akan dilancarkan di Ipoh pada 20 Oktober depan.
Beliau berkata manifesto itu akan memberi tumpuan kepada kos sara hidup, pendidikan, kesihatan, dan langkah pencegahan rasuah.
Ketika ditanya mengenai gesaan PAS agar parti Melayu utama dalam negara bekerjasama, Anwar berkata langkah sedemikian mesti disokong dengan prinsip.
“Prinsip seperti menentang rasuah dan tidak setuju dengan dasar perkauman,” tambahnya.
"Kerjasama adalah berdasarkan prinsip."
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
