Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Antara akta yang diperkenankan adalah akta anti lompat parti yang diluluskan pada sidang Parlimen sebelum ini.
Terkini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata akta lain ialah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022, Akta Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022, Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 dan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.
Selain itu, Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022, Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.
Akta yang turut diperkenan Sultan Abdullah ialah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022, Akta Racun (Pindaan) 2022 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
Azhar berkata demikian pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 25 rang udang-undang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.