'Dulu, kini dan selamanya Umno', Khairy nafi dakwaan keluar parti
Menurut ahli Parlimen Rembau itu, walau apa pun cabaran, beliau akan tetap bersama Umno.
Terkini
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan beliau masih ahli Umno dan akan tetap bersama parti itu selamanya walau apa keadaan sekalipun.
Ahli Parlimen Rembau itu sekali gus menafikan video bertajuk “KJ Keluar Umno!! Sah, Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin!!” yang disiarkan menerusi Youtube, pada 14 September lepas.
“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap Umno. Saya menang KP (ketua Pemuda Umno) tapi tak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap Umno.
“… macam-macam penganiayaan politik, tetap Umno. Saya kalah presiden dan dipandang semacam, tetap Umno. Kena cari kawasan baru pun, tetap Umno. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya menerusi Instagram.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
