PH putuskan guna logo baru hadapi PRU15
Keputusan itu adalah untuk memberi imej baru kepada gabungan pembangkang dalam gerak kerja pilihan raya mereka.
Terkini
Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menggunakan satu logo bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan majlis berkenaan, semalam.
“Satu reka bentuk baru logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baru dalam usaha gerak kerja PRU15,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Wilfred Madius Tangau.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
