- Iklan -
Berita

Umno adakan mesyuarat tergempar babit ketua bahagian

Mesuarat khas itu dikatakan membincangkan perkara penting mengenai masa depan Umno.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.
Ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Umno mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua Bahagian di ibu pejabat parti itu hari ini.

Mesyuarat yang dipercayai bermula 12.30 tengah hari itu dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan disertai Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin.

Antara yang dilihat di lobi Menara Dato Onn itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Ahmad Said, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin  dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.

Pengamal media mula berkumpul di lobi ibu pejabat parti itu seawal 11 pagi berikutan tular mesej memanggil ketua-ketua bahagian Umno hadir mesyuarat tergempar berkenaan.

Menurut mesej tersebut, Zahid dan Hasan meminta ketua-ketua bahagian menghadiri pertemuan khas berhubung satu perkara amat penting demi masa depan parti.

Sehingga kini inti pati mesyuarat itu belum dapat dipastikan.