- Iklan -
Berita

Zahid dijemput berucap dalam forum reformasi cukai bersama LHDN, kastam

Acara itu dianjurkan oleh sebuah kumpulan sama menjemput bekas perdana menteri Najib Razak sebagai jemputan utama dalam sebuah forum mengenai demokrasi tahun lalu.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram memberi ucapan penutup di forum mengenai reformasi cukai di Putrajaya.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram memberi ucapan penutup di forum mengenai reformasi cukai di Putrajaya.

Pegawai kanan dari dua agensi utama percukaian di bawah Kementerian Kewangan hari ini memberi ucapan dalam sebuah forum mengenai reformasi cukai di Kuala Lumpur, di mana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram turut dijemput memberi ucapan penutup bagi acara tersebut.

Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Mohd Nizom Sairi menyampaikan ucapan perasmian pada forum “Malaysia Tax Policy Forum”, manakala Ketua Pengarah Kastam Zazuli Johan diwakili pegawai kanannya, Roszita Dim untuk memberi ucapan pada tengah hari.

Kedua-dua agensi itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan yang diketuai Tengku Zafrul Aziz, yang sehari sebelum itu dilantik sebagai bendahari Umno Selangor dalam satu majlis dihadiri Zahid.

Zahid sedang menjalani perbicaraan bagi 47 pertuduhan jenayah termasuk rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik sebuah yayasan kebajikan, beliau diwakili bekas menteri besar Perak yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional, Zambry Abdul Kadir.

Dalam ucapannya, Zahid menggesa rang undang-undang (RUU) pembiayaan politik diperkenalkan, mengatakan beliau kesal berhubung "rasuah yang berleluasa di bawah kerajaan sebelum ini.”

"Pembiayaan politik boleh jadi betul dan salah, ia bergantung kepada cara kita menguruskannya. Namun begitu, ia akan menjadi perkara penting dalam reformasi Parlimen kerana ia akan menjadikan parti politik berhenti mengamalkannya, sementara ketelusan serta akauntabiliti akan diutamakan," katanya.

Forum sehari yang diadakan di Putrajaya tersebut dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa, sebuah badan pemikir yang tahun lalu mengundang kritikan ramai apabila pembentang menarik diri daripada menyertai forum yang dianjurkannya kerana menjemput bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan jenayah untuk menyampaikan ucaptama.

Pentadbiran sembilan tahun Najib dicemari skandal 1MDB di mana beliau dituduh menyeleweng lebih AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) daripada syarikat pelaburan strategik itu ke akaun bank peribadinya. 

Berdepan hukuman penjara 12 tahun, Najib akan memulakan rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan bulan ini.

Tahun lalu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menarik diri daripada forum yang dianjurkan kumpulan itu, di mana ia turut menjemput Presiden PKR Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain untuk berucap mengenai demokrasi berparlimen.