- Iklan -
Berita

Malaysia kesan 2 sub varian Omicron

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pejalan kaki dilihat memakai pelindung dan pelitup muka ketika bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam menjelang tahun baru 2021.
Seorang pejalan kaki dilihat memakai pelindung dan pelitup muka ketika bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam menjelang tahun baru 2021.

Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara.

“Kedua-dua telah dikategorikan oleh WHO (Organisasi Kesihatan dunia) sebagai VOC-LUM (jenis di bawah pemerhatian) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya melalui ciapan Twitter.

Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal SARS-CoV-2.

Sementara itu Khairy dalam video yang dimuat naik dalam Twitter WHO berkata Malaysia telah memastikan perancangan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi orang ramai memutuskan untuk sama ada mereka divaksin atau tidak (untuk Covid-19), adalah semudah mungkin.

“Kementerian Kesihatan tahu bahawa akan ada keraguan (dalam mendapatkan vaksin). Permudahkan (vaksinasi) untuk mereka (rakyat Malaysia), buat ia boleh difahami, terjemahkannya kepada seberapa banyak dialek yang mungkin, dapatkan petugas kesihatan pergi ke komuniti yang terpinggir jauh di pedalaman untuk membawa vaksin kepada mereka,” katanya.

Khairy berkata perkara itu bukan sahaja mengenai berkomunikasi tetapi ia berkaitan untuk membuat orang ramai mengubah tingkah laku mereka, menyesuaikan tingkah laku mereka lebih daripada Covid-19, sains tingkah laku sebenarnya adalah barisan pertahanan pertama untuk penjagaan kesihatan awam.

“Jika anda boleh membuat orang berkelakuan berbeza untuk mempunyai tabiat menjaga kesihatan, untuk pergi mendapatkan vaksinasi mereka, maka ini akan memperkuatkan semua perkara dalam sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Khairy menjawab soalan mengenai bagaimana Malaysia menggunakan sains tingkah laku dalam kempen vaksinasi Covid-19.