2,000 babi berhampiran ladang dijangkiti ASF ‘hilang’
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan masih menyiasat 'kehilangan' itu dan tindakan undang-undang akan diambil.
Terkini
Kira-kira 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir berkata kesemua babi itu yang ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dibawa keluar oleh pemilik ladang ke lokasi tidak diketahui.
“Pada 13 April lepas, sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak ASF telah dilupuskan dan beberapa hari kemudian, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang membuat pemeriksaan di 19 ladang itu mendapati 2,000 ekor babi di situ sudah tiada.
“Bagaimanapun kita tidak mempunyai sebarang bukti sama ada kesemua haiwan itu telah dilupuskan. Siasatan masih dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bakri berkata JPVNS turut melaksanakan pemantauan di laluan utama yang menempatkan 19 ladang haram terbabit.
Beliau juga meminta orang awam melaporkan kepada JPVNS dan pihak berkuasa di negeri ini jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menjual babi di bawah harga pasaran.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.