- Iklan -
Berita

Muhyiddin jelaskan mengapa beliau bertemu Dr Mahathir

Menurut Muhyiddin, beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis kerjasama dalam menghadapi kleptokrat pada PRU15.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan Dr Mahathir Mohamad semalam diatur selepas seorang pemimpin kanan Pejuang menemuinya bagi merintis hubungan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam sebuah hantaran Facebook, Muhyiddin berkata beliau mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan utama parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi sebagai langkah awal untuk mendapatkan pandangan mereka bagi merintis kerjasama tersebut.

“Saya telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan utama parti-parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis hubungan kerjasama dalam PRU15.

“Pertemuan saya dengan Dr Mahathir diatur selepas seorang pemimpin kanan parti Pejuang datang menemui saya adalah sebahagian daripada inisiatif ini,” katanya.

Semalam, Mahathir berkata Muhyiddin menemuinya baru-baru ini bagi mendapatkan sokongan.

Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir turut mengesahkan pertemuan antara Muhyiddin dan Mahathir bagi mengemukakan cadangan gabungan parti bagi menghadapi PRU15, selain turut mengesahkan hubungan antara kedua pemimpin itu “dingin.”

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pertemuan dengan pemimpin parti politik termasuk Pejuang mula diadakan selepas beliau didatangi beberapa pemimpin politik termasuk Pejuang.

“Mereka menyuarakan pandangan kepada saya bahawa lebih baik parti-parti selain Barisan Nasional (BN) merintis suatu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada PRU15.

“Mereka sependapat untuk sebolehnya mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU15 bagi menghalang golongan kleptokrat dalam BN kembali berkuasa,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, pertemuan yang diadakan antara beliau dengan parti politik tersebut tidak mencapai sebarang keputusan.

“Ini adalah langkah awal untuk dapatkan pandangan pemimpin parti-parti politik dan tiada keputusan muktamad dibuat,” katanya.