- Iklan -
Berita

Saham Grab menjunam ketika hasil dibelanja bagi promosi, insentif pemandu

Kerugian sepanjang tahun lalu meningkat sebanyak AS$3.56 bilion berbanding AS$2.75 bilion pada 2020.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Grab sedang bergelut untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri e-hailing di Asia Tenggara ketika ia berdepan saingan dari GoTo, sebuah syarikat yang dibentuk selepas gabungan antara syarikat Gojek, Tokopedia dan firma teknologi Sea Ltd. Gambar: Reuters
Grab sedang bergelut untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri e-hailing di Asia Tenggara ketika ia berdepan saingan dari GoTo, sebuah syarikat yang dibentuk selepas gabungan antara syarikat Gojek, Tokopedia dan firma teknologi Sea Ltd. Gambar: Reuters

Saham syarikat Grab menurun sebanyak 37% pada Khamis selepas syarikat e-hailing nombor satu Asia Tenggara itu mengumumkan kerugian pada suku akhir tahun sebanyak AS$1.1 bilion, dan penurunan pendapatan, berikutan tawaran promosi dan insentif lebih tinggi kepada pemandu yang dijalankannya.

Syarikat berpangkalan di Singapura, Grab Holdings Ltd berbelanja lebih banyak dalam memberikan insentif demi menarik minat pemandu ketika permintaan mula meningkat selepas pandemik mulai sedikit mereda.

Syarikat itu juga turut menawarkan banyak promosi penghantaran makanan ketika orang ramai lebih banyak makan di luar ekoran kelonggaran dalam langkah kesihatan Covid.

Bagaimanapun insentif yang dibelanjakan syarikat itu memakan kos jualan bagi suku akhir tahun lalu pada 31 Disember – pengumuman pertama seumpamanya daripada syarikat itu selepas disenarai awam di mana ia menjunam sebanyak 44% kepada AS$122 juta.

“Kami merancang untuk menjadi lebih berhati-hati dan berdisiplin dalam memperuntukkan modal, ketika kami mengurangkan dua kali peluang-peluang pertumbuhan jangka panjang bagi permintaan ramai, pengiklanan dan urus niaga perkhidmatan kewangan,” kata Ketua Pegawai Kewangan Grab Peter Oey dalam sebuah kenyataan.

Kerugian yang dicatatkan bagi keseluruhan tahun lalu meningkat sebanyak AS$3.56 bilion berbanding AS$2.75 bilion pada 2020.

Grab sedang bergelut untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri e-hailing di Asia Tenggara ketika ia berdepan saingan dari GoTo, sebuah syarikat yang dibentuk selepas gabungan antara syarikat Gojek, Tokopedia dan firma teknologi Sea Ltd.

Saham Grab merosot ke paras terendah pada hari Khamis sebanyak AS$3.09, melenyapkan lebih dari AS$7 bilion daripada nilai pasarannya.

Sejak disenarai awam pada Disember, saham Grab kini kehilangan hampir tiga perempat daripada nilai pasarannya.

Bagaimanapun, insentif yang ditawarkannya berjaya meningkatkan jumlah dagangan kasar (GMV), ukuran saiz urus niaga, yang dilihat meningkat sebanyak 26%.

Grab berkata ia menjangkakan pertumbuhan GMV antara suku kedua dan keempat 2022 melonjak dari 30% kepada 35%, selain turut meramalkan ia pengembalian modalnya semula berdasarkan asas EBITDA yang diselaraskan dalam unit penghantaran makanannya menjelang pada separuh pertama tahun depan .

“Kami yakin jualan 30% menggunakan harga saham adalah tidak terjamin,” kata penganalisis Citigroup dalam sebuah kenyataan, sambil menambah kelemahan pasaran dan ketidakstabilan geopolitik yang mungkin menjadi punca beberapa pelabur mengambil keputusan utnuk mengurangkan jumlah kerugian.

Selain itu, hasil daripada unit mobiliti Grab, yang menyumbang 86% daripada keseluruhan jualan, merosot sebanyak 27% pada suku akhir tahun lalu.

Hasil daripada unit perkhidmatan penghantaran makanannya pula menjunam sebanyak 98%.