65 pelajar SBP di Cyberjaya dijangkiti Covid-19
Ia merupakan kali pertama sekolah berasrama penuh dilanda jangkitan sebanyak itu.
Terkini
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya didapati dijangkiti Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di laman Twitter Radzi Jidin Comms @DRJComms iaitu laman Twitter rasmi pasukan komunikasi Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.
Menurut ciapan yang dikeluarkan malam ini, Radzi telah hadir ke sekolah berkenaan bagi meninjau situasi yang berlaku di sekolah berasrama penuh (SBP) itu.
“Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan,” demikian menurut ciapan itu.
Pada 9 Oktober lepas, kementerian pendidikan (KPM) memaklumkan mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh kementerian kesihatan (KKM).
Institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka mula beroperasi pada 31 Oktober lepas.
Operasi institusi di bawah kementerian pendidikan (KPM) itu adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lepas.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
