- Iklan -
Berita

Bekas menteri pelancongan umum keluar Warisan

Mohamaddin Ketapi merupakan pemimpin kedua Warisan yang keluar parti itu bulan ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi pada sidang media pengumuman beliau keluar parti di Kota Kinabalu hari ini. Gambar: Bernama
Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi pada sidang media pengumuman beliau keluar parti di Kota Kinabalu hari ini. Gambar: Bernama

Bekas menteri pelancongan Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar Warisan, menyusuli Adun Sindumin Yusof Yacob yang keluar parti itu 8 Oktober lalu.

Pada satu sidang media hari ini, ahli Parlimen Lahad Datu itu berkata, tersebut dibuat selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang.

Pengumuman beliau itu menjadikan Warisan kehilangan dua kerusi kerana beliau turut mewakili Warisan bagi DUN Segama.

Pengumuman beliau itu menjadikan Warisan kehilangan dua kerusi kerana beliau turut mewakili Warisan bagi DUN Segama.

Terdahulu, Adun Sindumin Yusof Yacob mengumumkan beliau keluar parti Warisan dan berikrar menyokong kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Warisan memenangi 23 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.

Parti itu kini berbaki 19 kerusi, selepas Muhammadin dan Yusof keluar parti.

Adun Bugaya Manis Muka Mohd Darah yang meninggal dunia pada November tahun lepas sementara Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir meninggalkan Warisan pada Februari lalu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.