Berita
Kes harian Covid-19 Singapura lepasi 3,700
Singapura turut melaporkan 11 kematian akibat Covid-19.
Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 3,703 kes baru Covid-19 pada Sabtu, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.
Selain itu, Singapura turut melaporkan 11 kematian akibat Covid-19.
Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.
Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.
Singapura turut memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -