Berita
85.7% dewasa, 61.5% populasi lengkap divaksinasi
94.1% atau 23,369,913 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Lebih 85.7% atau 20,093,678 populasi dewasa lengkap divaksinasi setakat semalam.
Sementara 94.1% atau 23,369,913 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Bagi populasi keseluruhan, 61.5% telah menerima vaksin lengkap sementara 71.6% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Sejumlah 338,661 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 43,367,580.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -