- Iklan -
Luar Sana

Populasi Jepun terus merosot dengan mendadak

Termasuk penduduk asing, Jepun mempunyai populasi 125.4 juta orang, penurunan kira-kira 511,000 daripada tahun sebelumnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pembeli berkerumun di kawasan beli-belah Ameyoko, yang merupakan pasar makanan jalanan terbesar di Tokyo, ketika mereka membeli-belah pada saat-saat akhir menjelang sambutan Tahun Baru di Tokyo, Jepun pada 29 Disember 2022. Gambar: Reuters

Penduduk Jepun terus menyusut pada kadar rekod tertinggi, dengan jumlah populasi negara itu menurun kepada 122.4 juta, 801,000 lebih sedikit daripada tahun sebelumnya.

Angka terkini itu merupakan penurunan paling ketara sejak tinjauan bermula pada 1968,  umum Kementerian Dalam Negeri di Tokyo pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Di samping rekod 1.57 juta kematian tahun lepas, terdapat hanya 772,000 kelahiran - lebih sedikit berbanding sebelum ini.

Buat kali pertama, kesemua 47 wilayah di negara itu mencatatkan penurunan jumlah warga Jepun.

Termasuk penduduk asing, Jepun mempunyai populasi 125.4 juta orang, penurunan kira-kira 511,000 daripada tahun sebelumnya.

Ini bermakna populasi negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu semakin berkurangan sejak 14 tahun lalu.

Memandangkan kadar kelahiran yang rendah dan penghijrahan yang sangat sedikit, Jepun mengalami masyarakat menua lebih cepat berbanding negara perindustrian lain.

Seluruh wilayah semakin pupus, berjuta-juta rumah kosong dan usang, manakala sekolah ditutup.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah menggesa langkah "belum pernah diambil sebelum ini" untuk meningkatkan kadar kelahiran bagi menghentikan penurunan populasi menjelang 2030.

Tetapi timbul keraguan sama ada inisiatif sedemikian yang kebanyakannya lanjutan daripada langkah sedia ada akan memberikan kesan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.