- Iklan -
Berita

Rentas negeri dibenar untuk gelembung pelancongan Langkawi sahaja

Pelancong domestik hanya dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa Dua dan ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong yang mahu ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 17 September lalu. Gambar: Bernama
Pelancong yang mahu ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 17 September lalu. Gambar: Bernama

Kebenaran merentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanyalah bagi program gelembung pelancongan Langkawi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut kementerian pelancongan, seni dan budaya (Motac) dalam kenyataan hari ini, pelancong domestik ketika ini dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa Dua dan ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kenyataan tersebut merujuk kepada keputusan sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 22 September (2021).

Ismail berkata pembukaan pusat-pusat pelancongan dan pulau-pulau serta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan apabila negara mencapai 90% kadar vaksinasi dewasa.

“Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat satu tarikh yang bersesuaian,” menurut Motac.

Setakat semalam sebanyak 85.1% populasi dewasa telah menerima vaksinasi lengkap.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.